Thursday, December 3, 2009

Terima kasih kawan-kawan

Alhamdulillah dah nak habis dah minggu ke-2... nampak gayanya perjalanan kami di sini sebagai pelatih j-QAF berjalan lancar.... dan Alhamdulillah semua pensyarah - setakat ini - gembira masuk ke kelas kami UNIT 6 (PAI) j-QAF Ambilan Januari 2009...

maka kami pun takde lah masalah untuk terus stay kat maktab nih sampai ke hujungnya memandangkan keadaan kami dan keadaan pensyarah yang gembira dengan unit kami....

syukran jazakumullah khairan kathira diucapkan kepada semua pelatih j-QAF unit 6 kerana telah pun bertungkus-lumus untuk menjadikan kelas kita "happeninggggg......" hehehe.....

Sunday, November 22, 2009

Masuk Maktab....

Assalamualaikum....

hari ini bermula lah semua guru j-QAF ambilan Januari 2009 masuk maktab masing2.... termasuklah aku... bagi sesiapa yang dari IPGM TAA... maka interaksi kali ini akan bermula pada 23 November 2009 hingga 24 Disember 2009... agak lama dari IPG lain.. (IPG Batu Rakit- 14 Disember)... tapi takpe... maktab wat seme ni hanya lah semata untuk memastikan semua maklumat berkaitan kursus ini dapat disampaikan dengan sempurna.... so.. aku kisah?? hm... tak kisah pun... yang penting ilmu tu.... huhu...

aku bertolak dari umah dalam kul 9.15pg dan sampai ke IPGM TAA nih dalam kul 12.10tgh... cuaca hari nih mendung senantiasa.... sama lah seperti kuh... batuk ku dah masuk minggu ke-4 tapi masih lagi kurang reda... Alhamdulillah ujian dari Allah...

esok.. maka bermula interaksi pertama kami... khabarnya interaksi minggu nih ade sampai malam sebab nak cover untuk hari jumaat dan khamis petang... maklum le... minggu depan kan raya haji....

so...

di kesempatan ini... ku ingin mengucapkan....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA....!!

Wednesday, November 11, 2009

Thank You Allah....

Assalamualaikum....

ujian demi ujian yang Allah berikan kepadaku... minggu lepas ade sedikit masalah dengan kod suaraku kerana batuk... tetapi rupanya minggu ni keadaan menjadi semakin parah... aku kehilangan suara akibat batuk yang tidak henti-henti... kemudian, pagi tadi apabila ku bangun dari tidur, aku dapati penyakit ku sekali lagi menggeletek kaki hingga terasa kepedihan yang amat sangat...

ujian ini kutempuh jua memandangkan sekolah masih lagi berjalan kem literasi Al-Quran... jadi tak dapat nak elak oleh kerana kesulitan di sekolah yang mana disitu kekurangan guru agama...

Alhamdulillah... aku tahu semua ini ujian dari-Nya...

Ya Allah... sihatkanlah tubuh badanku... Amiin...

Tuesday, November 10, 2009

Ya Allah... Terangkanlah hatinya...

Assalamualakium....

Ya Allah... Terangkanlah hatinya....

hati siapa yang aku maksudkan... dia ialah hati salah seorang murid yang sedang dalam program Kem Literasi Al-Quran ni... budaknya baik... tak banyak "songe"... tapi mungkin ada sedikit kesusahan yang terdapat pada dirinya... dia tidak mampu untuk mengenal huruf walau diajar berkali-kali...

hari ini... hanya 2 perkataan sahaja yang aku ajar dia.. huruf "dal" dan "zal"... bermula kem jam 8.00 pagi hingga lah pukul 12.30 tengah hari... dia masih tidak dapat mengenal 2 huruf ini dengan baik... sehinggakan... setiap kali lihat huruf ini, mesti murid ini akan cuba mengingat dari "alif" sampai perkataan "dal" / "zal"... kemudian dia ingat sekejap... tak sampai seminit dia kembali tidak dapat mengingat 2 huruf tersebut... hmmm... aku sebagai guru tidak boleh lari dari masalah ini.. malah aku harus menolongnya supaya dapat walau 2 huruf itu sahaja...

apa yang perlu sekarang ini adalah aku doa, usaha, ikhtiar dan tawakal kepada Allah... jika sesiapa dapat memberitahu jalan yang terbaik untuk memudahkan murid ini untuk mengingati 2 huruf ini... berilah idea-idea bernas mu...

terima kasih....

Monday, November 9, 2009

Kem Literasi Al-Quran Kali ke-2 2009

assalamualaikum...

minggu ini semua guru di SK (LKTP) Tembangau 1 sedang sibuk menanda kertas peperiksaan yang telah diadakan pada minggu lepas dan menyiapkan laporan untuk dihantar ke meja Guru Besar.. segala persiapan perlu dilakukan dengan cepat...

minggu ini juga berlangsung Kem Literasi Al-Quran Kali ke-2 tahun ni... tapi kali ini di"sponsor" oleh PPD Bera... kami guru-guru j-QAF dan guru Pendidikan Islam akan cuba merialisasikan hasrat PPD Bera bagi melaksanakan program ini sehingga mencapai target yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian....

al-kisahnya...

aku masih lagi Guru Dalam Latihan (GDL).. apabila masuk ke sekolah ni pun aku tidak diberi sebarang jawatan... namun apabila tiba tengah bulan 6, 2 guru j-QAF dapat bertukar ke sekolah lain dan digantikan dengan guru j-QAF baru macam aku, tapi mereka ambilan JUN 2009 di IPGM Kuala Terengganu... oleh hal yang demikian, aku dilantik sebagai penolong setiausaha Pendidikan Islam.. dan first assignment aku yang diberikan adalah Kem Literasi Al-Quran ni...

kalu nak citer bab feeling memang lah memulanya rasanya berat.. tetapi alhamdulillah... berkat tunjuk ajar yang diberikan oleh guru j-QAF senior sekolah ni (En. Tarmizi Bin Ahmad).. maka aku dapat melaksanakannya dengan baik... ribuan terima kasih diucapkan kepadanya... aku ditugaskan untuk melaksanakan program ini... ala ala aku lah jadi kapten nye... semuanya di ajar apa yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas program nih...

program ini akan berlangsung dari ISNIN (hari ini) hingga JUMAAT. mungkin akan ada sedikit masalah apabila esok (SELASA) En. Tarmizi tiada kerana ada taklimat Bahasa Arab di PPD dan RABU En. Tarmizi, En. Idris dan Pn. Adzilah akan ke PPD untuk Bengkel e-pelaporan j-QAF dan JUMAAT En. Tarmizi dan aku akan ke PPD untuk Program Majlis Khatam Al-Quran.

apa yang aku harap cuma program ini akan berjalan dengan lancar tanpa ada gangguan anasir-anasir luar... insyaAllah... Amiiiin...

Sunday, August 23, 2009

Welcome....

Assalamualaikum.......

Wow!!!! akhirnya aku terjebak jugak ngan gejala blog memblog nih....

takde pe pun..... padahal...

hehehe.....