Monday, November 9, 2009

Kem Literasi Al-Quran Kali ke-2 2009

assalamualaikum...

minggu ini semua guru di SK (LKTP) Tembangau 1 sedang sibuk menanda kertas peperiksaan yang telah diadakan pada minggu lepas dan menyiapkan laporan untuk dihantar ke meja Guru Besar.. segala persiapan perlu dilakukan dengan cepat...

minggu ini juga berlangsung Kem Literasi Al-Quran Kali ke-2 tahun ni... tapi kali ini di"sponsor" oleh PPD Bera... kami guru-guru j-QAF dan guru Pendidikan Islam akan cuba merialisasikan hasrat PPD Bera bagi melaksanakan program ini sehingga mencapai target yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian....

al-kisahnya...

aku masih lagi Guru Dalam Latihan (GDL).. apabila masuk ke sekolah ni pun aku tidak diberi sebarang jawatan... namun apabila tiba tengah bulan 6, 2 guru j-QAF dapat bertukar ke sekolah lain dan digantikan dengan guru j-QAF baru macam aku, tapi mereka ambilan JUN 2009 di IPGM Kuala Terengganu... oleh hal yang demikian, aku dilantik sebagai penolong setiausaha Pendidikan Islam.. dan first assignment aku yang diberikan adalah Kem Literasi Al-Quran ni...

kalu nak citer bab feeling memang lah memulanya rasanya berat.. tetapi alhamdulillah... berkat tunjuk ajar yang diberikan oleh guru j-QAF senior sekolah ni (En. Tarmizi Bin Ahmad).. maka aku dapat melaksanakannya dengan baik... ribuan terima kasih diucapkan kepadanya... aku ditugaskan untuk melaksanakan program ini... ala ala aku lah jadi kapten nye... semuanya di ajar apa yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas program nih...

program ini akan berlangsung dari ISNIN (hari ini) hingga JUMAAT. mungkin akan ada sedikit masalah apabila esok (SELASA) En. Tarmizi tiada kerana ada taklimat Bahasa Arab di PPD dan RABU En. Tarmizi, En. Idris dan Pn. Adzilah akan ke PPD untuk Bengkel e-pelaporan j-QAF dan JUMAAT En. Tarmizi dan aku akan ke PPD untuk Program Majlis Khatam Al-Quran.

apa yang aku harap cuma program ini akan berjalan dengan lancar tanpa ada gangguan anasir-anasir luar... insyaAllah... Amiiiin...

1 comment: